Masyarakat perlu mempunyai pendidikan media bagi menilai maklumat berita yang sahih atau khabar angin.<br /><br />Pengerusi Pergerakan Tenaga Akademik Malaysia (GERAK), Prof Zaharom Nain berkata, langkah itu penting susulan kewujudan sesetengah platform baharu digital yang menyediakan maklumat yang bercanggah dengan berita disediakan media arus perdana.
